MUAMALAT DALAM ISLAM
Muamalat
itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan
memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar,
pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan
dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing
yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial
Islam. Ada juga yang mengatakan bahwa Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam
bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan
hidup di dunia dan kebahagian di akhirat. Segala harta yang ada di alam ini
samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara
mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t
melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka
yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah
s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut. Hal ini sebagaimana
firman Allah: “Dialah
yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata
ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan
ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka
hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)”
*Selengkapnya klik tautan berikut :
MATERI 10 : Muamalat dalam Islam
MATERI 10 : Muamalat dalam Islam
Komentar
Posting Komentar